Ramadhan

LAFAZ NIAT UNTUK SEBULAN PUASA



LAFAZ NIAT PUASA (HARIAN)



DOA BERBUKA PUASA



DOA SELEPAS BERBUKA PUASA


Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.



ADAB BERPUASA DAN SOLAT TERAWIH
Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia.

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.
MENJELANG RAMADHAN
1.          Nilai semula tahap puasa-puasa yang lepas.Graf nafsu di takat mana, apa pencapaian yang perlu di tingkatkan dan sifat sifat buruk yang perlu dibuang di hati,Psstt..! Misalnya boros dan bermewah-mewah ketika berbuka atau bermalas-malas dalam ibadah terawih di hujung Ramadhan kerana keghairahan untuk menyambut raya.

2.         Memasang azam dan cita-cita seperti orang memasang azam untuk sambut tahun baru.

3.        Jiwa juga perlu dilatih untuk bertarung satu lawan satu dengan nafsu sepanjang menjalani bulan puasa. Psstt…! Perlu dibuang sifat-sifat hati yang keji dan dibenci seperti pemarah, dendam, ego, hasad dengki, tamak dan lain-lain.

4.         Elok kiranya kita meneruskan amalan orang-orang soleh zaman silam,berlatih memperbanyakkan puasa sejak dari bulan rejab lagi, sekurang kurangnya puasa sunat isnin khamis.

AWAL RAMADHAN
1.         Ramadhan harus dapat dirasakan sebagai bulan Mengenal siapa diri kita sebenarnya (kerana syaitan direhatkan sementara),bulan mendidik nafsu,menimba berkat, bulan taubat, meningkatkan amalan,mem inimumkan dosa,dan mengukur dalam hubungan kita  dengan Allah serta sesame manusia.

2.        Tatkala solat terawih dan witir mula didirikan,tadarus AL-Quran mula digiatkan,tahajud mula disebati, dalam ruti seharian hinggalah kewaktu sahur, semuanya harus dihayati dengan rasa kehambaan.

3.        Hati dan seluruh anggota badanharus dijaga dari tarikan dan nafsu jahat dan bisikan bertangguh-tangguh dari berbuat baik.

4.        Aktiviti mata,mulut,telinga,tangan dan kaki harus diawasi selalu dengan mengawasi perjalanan hati dan membentengnya dari ransangan-ransangan nafsu.Dicelah-celah kesibukan tugas seharian Hati dihidupkan dan “disibukkan” juga Dengan bacaan Al-Quran,Konsisten mengerjakan solat yang wajib dan sunat,banyak mengingati mati dan latihan melawan nafsu.

5.        Urusan tugas pula diniatkan benar-benar untuk mengabdikan diri kepada Allah dan berbakti kepada sesame manusia…

PERTENGAHAN PUASA
1.         Muhasabah diri,adakah hati telah benar-benar dapat dididik dan disebatikan dengan sifat sifat sabar, redha,berlapang dada,pemaaf, dan sifat-sifat terpuji yang lain.

2.        Pada waktu berbuka , nafsu makan sepatutnya tidak lagi rakus atau sudah dapat dikawal dan boleh berpuas hati dengan juadahyang sekadarnya sekira-kira dapat member kekuatan tenaga untuk meneruskan ibadah pada malamnya.
Waktu berbuka dapat dijadikan seringkas mungkin agar dapat pula segera mendirikan solat maghrib.

3.        Sembahyang terawih yang telah dua minggu didirikan setiap malam, sepatutnya telah member kesan positif pada hati atau jiwa, menjadikan jiwa semakin tawadhuk,pemurah dan lain-lain.

4.        Sembahyang wajib juga sepatutnya lebih konsisten dikerjakan secara berjemaah diawal waktu,manakala sembah-sembahyang sunat yang lain di giatkan untuk menampung  ‘lubang-lubang’ ketidak sempurnaan sembahyang wajib, yang mungkin tidak sempurna khusyuknya.

5.        Seperti juga kegembiraan yang dirasai waktu berbuka,begitu juga seharusnya waktu bertemu dengan Allah dalam sembahyang. Kerana Rasulullah saw telah bersabda, maksudnya “ Duakegembiraan bagi orang yang berpuasa iaitu berbuka dan waktu bertemu dengan Tuhannya”

6.        Tadarus Al-Quran Sejak awal Ramadhan , bukan hanya dilihat kuantitinya..iaitu Berjaya menggilap hati menjadi lebih lembut dan lunak kerana siang malam disirami dengan cahaya Al-Quran.

PENGHUJUNG PUASA
Penghujung Ramadhan.. inilah saat-saat yang kritikal, maka…

1.         Waktu ini eloklah kita giatkan lagi meghitung hitung diri,menilai dan meningkatkan prestasi ibadah puasa kita.

2.        Anggaplah ini Ramadhan terakhir sebelum kita dipanggil bertemu dengan Allah, dimana kita akan menghadapi waktu yang sempit di alam barzakh dan di padang masyar kelak. Psstt..Haruslah berhati hati, jangan sampai detik-detik terakhir ini memusnahkan apa yang telah kita capai sepanjang hidup kita.

3.        Demikian juga Hampir sebulan menjalani Ibadah puasa,Pada hari-hari terakhir Ramadhan kita mungkin berdepan dengan dugaan yang berm,acam-macam.Bacaan Al-Quran mungkin terganggudengan keghairahan untuk menyiapkan baju raya dll. Ruang kosong Dinihari yang sebelumnya diisi dengan solat tahajud, diganti dengan kesibukan menyiapkan kuih raya.
Akhirnya, ingatlah bahawa kita tidak akan mempunyai dorongan yang kuat untuk memohon kepada Allah, jika kita tidak benar-benar tahu apa yang kita pohonkan.Itulah sebabnya kita perlu menghitung diri setiap hari…………Allahua’lam.
KONTROVERSI RAMADHAN !!!!!!!!!

“BERPUASA TETAPI MENINGGALKAN SOLAT”

Barangsiapa berpuasa tapi meninggalkan solat, bererti ia meninggalkan rukun terpenting dari rukun-rukun Islam setelah tauhid. Puasanya sama sekali tidak bermanfaat baginya, selama ia meninggalkan solat. Sebab solat adalah tiang agama, di atasnyalah agama tertegak. Dan orang yang meninggalkan solat  hukumnya adalah kafir. Orang kafir tidak diterima amalnya.

 Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
"Perjanjian antara kami dan mereka adalah solat, barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir. " (HR. Ahmad dan Para penulis kitab Sunan dari hadits Buraidah  radhiallahu 'anhu )  At-Tirmidzi berkata : Hadits hasan shahih, Al-Hakim dan Adz-Dzahabi menshahihkannya.

Jabir radhiallahu 'anhu meriwayatkan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam  bersabda:

(Batas) antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan solat." (HR. Muslim, Abu Daud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).


Tentang keputusanNya terhadap orang-orang kafir, Allah  berfirman :

"Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang beterbangan.                     "(AlFurqaan: 23).


Maksudnya, berbagai amal kebajikan yang mereka lakukan dengan tidak kerana Allah, nescaya Kami hapus pahalanya, bahkan Kami menjadikannya sebagai debu yang beterbangan.


Demikian pula halnya dengan meninggalkan solat berjamaah atau mengakhirkan solat dari waktunya. Perbuatan tersebut merupakan maksiat dan dikena ancaman yang keras. Allah Ta'ala berfirman:
"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang ssolat, yaitu) orang-orang yang lalai dari solat. "(Al-Maa'un: 4-5).


Maksudnya, mereka lalai dari solat sehingga waktunya berlalu. Kalau Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak mengizinkan solat di rumah kepada orang buta yang tidak mendapatkan orang yang menuntunnya ke masjid, bagaimana pula halnya dengan orang yang pandangannya tajam dan sihat yang tidak memiliki uzur.?

Berpuasa tetapi dengan meninggalkan solat atau tidak berjamaah merupakan petanda yang jelas bahawa ia tidak berpuasa kerana mentaati perintah Tuhannya.Jika tidak demikian, kenapa ia meninggalkan kewajiban yang utama (solat)? Padahal kewajipan-kewajipan itu merupakan satu rangkaian  utuh yang tidak terpisah-pisah, bahagian yang satu menguatkan bahagian yang lain.
QIAM RAMADHAN

1.Dalilnya

·         Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda
“Barangsiapa mendirikan solat malam di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala (dari Allah) niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. “.
(Hadits Muttafaq ‘Alaih)

·          Dari Abdurrahman bin Auf R.A bahwasanya Rasulullah S.A.W menyebut bulan Ramadhan seraya bersabda “Sungguh, Ramadhan adalah bulan yang diwajibkan Allah puasanya dan aku sunatkan solat malamnya. Maka barangsiapa menjalankan puasa dan solat malam pada bulan itu karena iman dan mengharap pahala, niscaya bebas dari dosa-dosa seperti saat ketika dilahirkan ibunya.’
(HR. An-Nasa’I )

2.Hukumnya:

Qiam Ramadhan (solat malam Ramadhan) hukumnya sunnah mu‘akkadah (ditekankan), dituntutkan oleh Rasulullah S.A.W beliau menganjurkan serta menyarankan kepada kaum muslimin serta diamalkan juga oleh Khulafa’ Rasyidin dan para sahabat dan tabi’in. Seharusnya seorang muslim sentiasa mengerjakan solat tarawih pada bulan Ramadhan dan solat malam pada sepuluh malam terakhir, untuk mendapatkan Lailatul Qadar


3.Keutamaannya:
Qiamul lail (solat malam) disyariatkan pada setiap malam sepanjang tahun. Keutamaannya besar dan pahalanya banyak.


Firman Allah Ta’ala
“Lambung mereka jauh dan tempat tidurnya “( Maksudnya mereka tidak tidur di waktu biasanya orang tidur, untuk mengejakan solat malam) , sedang mereka berdo’a kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian dan rizki yang Kami berikan kepada mereka. “(AsSajdah: 16).


Ini merupakan sanjungan dan pujian dari Allah bagi orang-orang yang mendirikan solat tahajjud di malam hari. Dan sanjungan Allah kepada kaum lainnya dengan firman-Nya“Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam; dan di akhir-akhir malam mereka momohon ampun (kepada Allah).“
(Adz-Dzaariyaat:17-18).


Sesungguhnya, solat malam mendekatkan dirimu kepada Tuhanmu, menghapuskan kesalahan, menjaga diri dan dosa dan mengusir penyakit dari tubuh”
Dan sabda Nabi S.A.W “Sebaik-baik solat setelah fardhu adalah solat malam. “(HR. Muslim).
KEUTAMAAN LAILATUL QADR

Malam al-Qadr adalah malam yang paling utama sepanjang tahun, berdasarkan firman ALLAH Ta’ala, ertinya: 

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul-Qadr.  Tahukah kamu apakah Lailatul Qadr?  Lailatul-Qadr lebih baik dari seribu bulan.”  
(Surah al-Qadr: 1-3)

Maksudnya, beramal pada malam tersebut seperti solat, dzikir dan membaca al-Quran lebih utama dari amalan selama seribu bulan yang tidak mempunyai Lailatul-Qadr.


SUNNAT MENGINTAI LAILATUL-QADR
Disunnatkan mencari lailatul-Qadr itu pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan.  Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam amat giat mencari saat itu pada sepuluh hari yang terakhir.
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anhu berkata:

“Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, diramaikannya waktu malam, dibangunkannya keluarganya dan diikat eratnya kain sarungnya.”  (HR Bukhari & Muslim)


DI MALAM MANA BERLAKUNYA LAILATUL-QADR?

Ada beberapa pendapat dari para ulama dalam menentukan malam yang mulai ini.
Di antara mereka ada yang mengatakan bahawa ia adalah malam kedua puluh satu, ada pula yang mengatakan bahawa ia adalah malam kedua puluh tiga, ada yang berpendapat malam kedua puluh lima, dan ada yang berkata ia berlaku pada malam kedua puluh sembilan, serta ada yang mengatakan bahawa ia berpindah-pindah pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari yang terakhir.
Tetapi kebanyakan mereka berpendapat bahawa jatuhnya Lailatul-Qadr ialah pada malam kedua puluh tujuh.
Diriwayatkan oleh Ahmad dengan isnad yang sah dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu katanya telah bersabda Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam: 

 “Barangsiapa mencarinya, hendaklah dicarinya pada malam kedua puluh tujuh!”

Namun, dinasihatkan kepada semua jangan hanya menumpukan kepada satu-satu malam sahaja beribadah.  Hendaklah berterusan ibadah kepada ALLAH setiap hari, dan diberi penumpuan yang lebih kepada 10 hari terakhir Ramadhan.


BERIBADAH DAN BERDOA PADA LAILATUL-QADR


Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

“Barangsiapa yang beribadah pada malam al-Qadr kerana iman dan mengharapkan keridhaan ALLAH, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu.”

Diriwayatkan dari Aisyah radhiAllahu ‘anha oleh Ahmad, Ibnu Majah dan juga Turmudzi yang menyatakan sahnya, katanya:

  “Saya bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda seandainya saya tahu malamjatuhnya Lailatul-Qadr itu, apakah yang harus saya ucapkan ketika itu?”  Maka ujar Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam:  “Katakanlah: 










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...