Mutiara Kata

Himpunan Mutiara Kata


Jadilah mawar yg menyejukkan mata dan hati yg memandang, meringankan beban insan, mencurahkan kasih kepada yg berhak dan mendekatkan diri pada Yang Maha Kuasa .

"Sebaik-baik isteri adalah yang jika kamu memandangnya membuatkan hatimu senang, jika kamu perintahkannya dia mentaatiku, dan jika kamu tinggalkannya maka dia akan menjaga untukmu harta dan dirinya," (HR Ibn Jabir)
Berpalinglah kepada Tuhanmu. Dia takkan pernah mengecewakan dirimu, melainkan jika kamu mengecewakan Dia .

"Sungguh, Aku ini Allah, tidak ada tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan laksanakanlah solat untuk mengingat Aku. Sungguh Hari Kiamat itu akan datang, Aku merahsiakan (waktunya) agar setiap orang dibalas sesuai dengan apa yang telah dia usahakan," (Thaha, 14-15)

 Ketahuilah bahawa insan yg benar-benar menyayangimu, takkan pernah akan melukakan hatimu dgn melakukan perkara yg jelas akan menyedihkan dirimu walaupun perkara itu tanpa pengetahuanmu.

"Sesungguhnya Allah berfirman pada hari kiamat kelak, "Mana orang yg saling mencintai kerana keagungan Ku? Hari ini Ku naungi mereka, di mana tidak ada naungan yg lain selain naunganKu," (HR Abu Hurairah) 

 Berbahagialah dan lafazkanlah syukur apabila melihat insan di sekelilingmu memperoleh nikmat yang tiada terhingga dari Yang Ilahi. Sucikanlah hatimu dari perasaan cemburu dan hasad dengki, kerana itulah racun berbisa yang bakal menghancurkan ukhwah sejati.

Jauhilah olehmu sekalian akan sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan, sebagaimana api menghanguskan kayu bakar (Al-Hadis)
 Berlakulah adil dalam menghakimi sesuatu perkara. Jangan terlalu memihak diri, menuding jari ke kanan dan ke kiri sehinggakan terlupa untuk bermuhasabah apa kurangnya diri. Perbaiki diri, agar dirimu lebih baik pada hari ini.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah..," (An-Nisa: 135)

 Apabila niat disalah ertikan, jalinan ukhwah yg ingin disambung dianggap mencari pergaduhan. Apabila persoalan diaju utk sebuah kesahihan dianggap ingin mempertikaikan segala. Apabila diri marah, diluahkan kata bodoh dan semua. Melompat syaitan kerana impian kini sudah terlaksana. Bersedihlah wahai hati, kerana dirimu hanyut dek dunia. Pulanglah, kerana pintu taubat itu masih terbuka seluas-seluasnya

 Apabila keikhlasan mula menghilang, kasih di hati kian memudar, senyuman tiada lagi manisnya, bicara indah kini menikam jiwa, persahabatan tiada lagi berteman kejujuran, hati tiada lagi memutih seperti sebelumnya. Suburkanlah keikhlasan, agar bahagia dan tenang hatimu selamanya .

(Beribadahlah) dengan ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya (Al Hajj: 31)

 Usahlah berlari ke kanan dan ke kiri untuk mengelakkan masalah yang datang menimpa hati. Jangan dinafikan segala dan menuduh sesuka hati sekadar untuk melepaskan diri dan rasa. Hakikatnya, masalah tidak akan selesai selagi ia tidak diselesaikan.

"Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan," (Al-Insyirah: 5-6)

 Usahlah memutar belit untuk menegakkan benang yg basah walhal jika ditiup ditarik sekalipun ia akan jatuh meliuk juga. Allah mengetahui walau sebesar zarah apapun dalam hatimu, maka berkatalah benar walau sepahit mana pun ia.

"Dan janganlah kamu campur-adukkan yg benar itu dgn yg salah, dan kamu sembunyikan yg benar itu pula, padahal kamu semua mengetahuinya,"(Surah Al-Baqarah: 42)
 Berhati-hatilah dlm meluahkan apa sahaja bicara mahupun sebarang tinta yg berunsurkan kata-mengata mahupun hina-menghina. Tiada insan yg sempurna dan usahlah digembur-gemburkan kekurangannya, kerana apa yg diludah ke langit mungkin akan terjatuh terkena diri

Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut (H.R. Al-Tirmidzi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...