Friday 18 November 2011

Peringatan buat hati


1. Sentiasalah bertaubat. Setiap insan tidak terlepas dari melakukan dosa dan walau di saat ini sekalipun, siapakah yang benar-benar berani mengatakan bahawa dia tidak melakukan dosa walau secebis pun?
Manusia sememangnya mempunyai keinginan yg tersendiri dan itulah fitrah manusia yang adakalanya membawa seseorang itu ke lembah kemaksiatan dan dosa, namun kembalilah juga kepada fitrah bertuhan dan sentiasalah memohon ampun dan bertaubat kepadanya. Dalam bertaubat, diri hendaklah:

*Benar-benar menyesal dengan dosa yang dilakukan
*Berazam tidak mengulangi dosa dan kesilapan yg sama
*Memohon maaf andai ia melibatkan hak orang lain (mencuri dan sebagainya)

Taubat itu menghapuskan dosa-dosa manusia, maka jangan pernah sesekali manusia berputus asa dengan rahmat Allah. Allah SWT suka akan pengampunan, maka senantiasalah memohon ampun kepadaNya. Semoga Dia memperkenankan doamu dan menghapuskan segala dosa-dosamu.
2. Manusia tidak tahu bila ajal akan datang mengunjunginya, maka sentiasalah bersedia untuk menghadapi sebuah kematian. Perbanyakkan amal dan sentiasa memohon keampunan darinya. Sebagaimana kita mahukan kejayaan yg tinggi melangit di dunia, sebagaimana itulah juga kita harus berharap untuk berjaya di akhirat kelak. 
Kejayaan yang diimpikan di akhirat haruslah lebih hebat dari kejayaan di dunia, maka berusahalah untuk meraihnya. Dan ketahuilah bahawa kejayaan di akhirat itulah sebenarnya kejayaan yang hakiki sedangkan kejayaan di dunia ini hanyalah bersifat sementara. (Fight for True Distinction!)
3. Kembalilah kepada fitrah bertuhan. Tuhan itu hanyalah satu, yakni Allah S.W.T. Jangan hanyut dengan nikmat dunia sehingga boleh menyebabkan azab di akhirat kelak. Antara kehanyutan yang sering berlaku di zaman ini;

* Terasa bangga dgn kelebihan dan nikmat yg diberikan oleh Ilahi sehingga memandang rendah keupayaan orang lain
* Menggunakan nikmat yang diberikan Allah untuk sebuah kemungkaran
- Susuk badan yang cantik itu ditayangkan sewenang-wenangnya dengan memakai pakaian yang ketat-ketat
- Kekayaan dan rezeki yg diberikan Allah dihalakan kepada kemaksiatan
- Kecantikan wajah digunakan untuk agenda godaan (direct or indirect)
* Terasa hebat dengan diri sendiri sehingga menolak segala kritikan dan teguran dan tidak mempunyai keinginan belajar untuk menampung segala kekurangan diri
* Tidak menjaga lidah sebaiknya - sewenang-wenangnya mengumpat dan mengata apabila melihat kekurangan dan kelemahan orang lain
* Tidak menjaga hati sebaiknya - berhasad dengki apabila melihat ada orang lain yang lebih berjaya dan lebih menarik darinya

4. Jadikanlah Al-Quran sebagai panduan. Al Quran adalah untuk difahami dan dipraktikkan, bukan sekadar membacanya tanpa mengerti apa-apa dan berhujah menggunakannya. Praktikkan apa yang diajar Quran dan Sunnah dalam kehidupan seharian dan jadikanlah Islam sebagai benar-benar gaya hidupmu!

Seruan Buat Diri

Lakukanlah perubahan pada hari ini juga untuk mengelakkan penyesalan di kemudian hari. Allah telah menceritakan di dalam Al Quran tentang pelbagai jenis ragam manusia di akhirat kelak. Ada yang meminta agar dihidupkan kembali (agar dapat berbuat amal dan menyembah Allah), ada yang bertelagah di dalam neraka; saling menyalahkan antara satu sama lain dan ada juga yang hidup bahagia di syurgaNya.
Cuba bermuhabasah dan tanya pada diri, dalam golongan manakah akan kita berada satu hari nanti?
Sama-samalah kita memperbanyakkan amal dan bersedia untuk sebuah kematian yang tibanya tidak dapat dijangka; mungkin hari ini, esok, lusa ataupun seminit sahaja lagi?
Semoga Allah meletakkan kita dalam golongan para syuhada yang mati berjihad di jalanNya. Allahumma Ameen.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...