Friday 18 November 2011

Peringatan buat hati


1. Sentiasalah bertaubat. Setiap insan tidak terlepas dari melakukan dosa dan walau di saat ini sekalipun, siapakah yang benar-benar berani mengatakan bahawa dia tidak melakukan dosa walau secebis pun?
Manusia sememangnya mempunyai keinginan yg tersendiri dan itulah fitrah manusia yang adakalanya membawa seseorang itu ke lembah kemaksiatan dan dosa, namun kembalilah juga kepada fitrah bertuhan dan sentiasalah memohon ampun dan bertaubat kepadanya. Dalam bertaubat, diri hendaklah:

*Benar-benar menyesal dengan dosa yang dilakukan
*Berazam tidak mengulangi dosa dan kesilapan yg sama
*Memohon maaf andai ia melibatkan hak orang lain (mencuri dan sebagainya)

Taubat itu menghapuskan dosa-dosa manusia, maka jangan pernah sesekali manusia berputus asa dengan rahmat Allah. Allah SWT suka akan pengampunan, maka senantiasalah memohon ampun kepadaNya. Semoga Dia memperkenankan doamu dan menghapuskan segala dosa-dosamu.
2. Manusia tidak tahu bila ajal akan datang mengunjunginya, maka sentiasalah bersedia untuk menghadapi sebuah kematian. Perbanyakkan amal dan sentiasa memohon keampunan darinya. Sebagaimana kita mahukan kejayaan yg tinggi melangit di dunia, sebagaimana itulah juga kita harus berharap untuk berjaya di akhirat kelak. 
Kejayaan yang diimpikan di akhirat haruslah lebih hebat dari kejayaan di dunia, maka berusahalah untuk meraihnya. Dan ketahuilah bahawa kejayaan di akhirat itulah sebenarnya kejayaan yang hakiki sedangkan kejayaan di dunia ini hanyalah bersifat sementara. (Fight for True Distinction!)
3. Kembalilah kepada fitrah bertuhan. Tuhan itu hanyalah satu, yakni Allah S.W.T. Jangan hanyut dengan nikmat dunia sehingga boleh menyebabkan azab di akhirat kelak. Antara kehanyutan yang sering berlaku di zaman ini;

* Terasa bangga dgn kelebihan dan nikmat yg diberikan oleh Ilahi sehingga memandang rendah keupayaan orang lain
* Menggunakan nikmat yang diberikan Allah untuk sebuah kemungkaran
- Susuk badan yang cantik itu ditayangkan sewenang-wenangnya dengan memakai pakaian yang ketat-ketat
- Kekayaan dan rezeki yg diberikan Allah dihalakan kepada kemaksiatan
- Kecantikan wajah digunakan untuk agenda godaan (direct or indirect)
* Terasa hebat dengan diri sendiri sehingga menolak segala kritikan dan teguran dan tidak mempunyai keinginan belajar untuk menampung segala kekurangan diri
* Tidak menjaga lidah sebaiknya - sewenang-wenangnya mengumpat dan mengata apabila melihat kekurangan dan kelemahan orang lain
* Tidak menjaga hati sebaiknya - berhasad dengki apabila melihat ada orang lain yang lebih berjaya dan lebih menarik darinya

4. Jadikanlah Al-Quran sebagai panduan. Al Quran adalah untuk difahami dan dipraktikkan, bukan sekadar membacanya tanpa mengerti apa-apa dan berhujah menggunakannya. Praktikkan apa yang diajar Quran dan Sunnah dalam kehidupan seharian dan jadikanlah Islam sebagai benar-benar gaya hidupmu!

Seruan Buat Diri

Lakukanlah perubahan pada hari ini juga untuk mengelakkan penyesalan di kemudian hari. Allah telah menceritakan di dalam Al Quran tentang pelbagai jenis ragam manusia di akhirat kelak. Ada yang meminta agar dihidupkan kembali (agar dapat berbuat amal dan menyembah Allah), ada yang bertelagah di dalam neraka; saling menyalahkan antara satu sama lain dan ada juga yang hidup bahagia di syurgaNya.
Cuba bermuhabasah dan tanya pada diri, dalam golongan manakah akan kita berada satu hari nanti?
Sama-samalah kita memperbanyakkan amal dan bersedia untuk sebuah kematian yang tibanya tidak dapat dijangka; mungkin hari ini, esok, lusa ataupun seminit sahaja lagi?
Semoga Allah meletakkan kita dalam golongan para syuhada yang mati berjihad di jalanNya. Allahumma Ameen.


Wednesday 2 November 2011

Bila Manusia Lupakan Tuhan


1. jauh daripada tuhan..
2.jauh dari keredhaan, rahmat dan rasa takut pada-Nya..Tuhan Pencipta Alam.
3. Manusia akan menjadi lalai dan leka, alpa dan lupa dengan Rabb Maha Besar,
4.lupa pada kematian yang akan menjemputnya dari lakonan sementara di pentas dunia.
 5.Lupa pada Hari Pembalasan yang akan menghitung segenap ruang amal hidupnya.
6.hilanglah rasa takut untuk bebuat dosa.
7.Mengharamkan yang halal, menghalalkan yang haram.
8.Menambah bukit-bukit maksiat dalam setiap detik masanya tanpa segan silu pada Keagungan Tuhannya.
9. Dunia yang dikejar akhirat dicampak entah kemana. Menyibukan segenap hidupnya mengumpul kenikmatan bumi kecil yang sudah pasti kehancuranya di hari terakhir nanti. Rakus mengejar kebendaan, kemewahan, pangkat, darjat dan kenikmatan yang tiada penghujungnya.  Dr. Aisyah Al-Buti menjelaskan bahawa manusia mempunyai kebiasaan iaitu sewaktu kaya dan kuat, ia akan melupakan Allah. Dan apabila ia ditimpa kesulitan, barulah ia teringat kepada tuhannya, merendahkan diri dan berdoa kepada penciptanya iaitu Allah s.w.t.

10. Meninggalkan ibadah menjadi satu kebiasaan..kemungkaran menjadi trend dan gaya hidup. Amal makruf dipandang pelik dan ketinggalan zaman.
Inilah hakikat yang merantai jiwa masyarakat kini bila tuhan tidak lagi ditakuti.
Maka, tidak hairanlah program kemaksiatan seperti AF, One in Million,My Starz LG mendapat sambutan yang tinggi berbanding program-program keagamaan seperti Al-Kuliyah, Halaqah dan Al-Hidayah. Manusia terus disogokkan dengan hiburan tanpa batasan hingga lupa dan jauh dari tuhan tewas dengan rancangan rapi yahudi dan kufar laknatullah.
Menjadikan kehidupan dunia sebagai prioriti utama hingga lupa pada kehidupan akhirat yang kekal abadi, Mungkinkah suasana dan keadaan hidup manusia kini mendorong hati dan jiwa begitu mencintai dunia??
Atau mungkin, pandangan masyarakat yang

11. lebih mengutamakan kekayaan,pangkat dan darjat?? Melahirkan jiwa-jiwa yang begitu mencintai dunia, sanggup bersaing dan berlumba-lumba sesama mereka mengejar kenikmatan dunia siang dan malam.

12. Dosa dan pahala bercampur baur. Maksiat berleluasa menyelubungi segenap dunia.
13. Jiwa dan hati dipenuhi titik noda.
14. Bangga dan angkuh membuat kejahatan.
15. Malu dan benci pada kebaikan. Ramainya Umat Muhammad hanya pada kuantiti bukan kuanliti ibarat buih-buih di lautan..lemah dan hilang sekelip mata dipukul ombak pantai.
16. Lupa akan hakikat dunia yang sementara, lupa akan usia yang hanya sesaat dua,
17. lupa pada segala amalan yang akan dinilai di hari perhitungan,
18. lupa pada masa sihat yang masih bertenaga,
19. lupa pada kematian yang pasti menemui akhir hidupnya dan lupa pada Rabbnya yang Maha Esa. Mungkinkah hati dan jiwa masih meragui hakikat kebenaran yang telah tercipta sejak azali ini???


Saturday 8 October 2011

Peranan Guru Berasaskan Konsep 5 mim (5m)


Tugas dan tanggungjawab guru telah lama dibincangkan oleh tokoh-tokoh pendidik. Mengikut perspektif Islam guru mempunyai tanggungjawab dalam pembangunan akhlak, iaitu sebagai murabbi dan bukan semata-mata mua’llim. Guru juga dilihat sebagai muaddib iaitu seorang yang bertanggungjawab dalam menerapkan adab (disiplin dalam pemikiran, fizikal dan rohani). Guru bukan sahaja berilmu semata-mata, tetapi juga mestilah mempunyai personaliti dan komitmen serta menunjukkan contoh yang yang baik kepada murid.
      Sebagai guru Pendidikan Islam, saya mengamalkan konsep ”5mim”(5m) di dalam bilik darjah untuk membina modal insan yang benar-benar berkualiti iaitu;

    a. Mudarris adalah konsep yang diasaskan kepada guru cemerlang yang berkesan yang dinilai daripada lima aspek yang utama iaitu ciri-ciri peribadi yang dimiliki, kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan, kejayaan mewujudkan iklim dan personaliti bilik darjah yang baik, mempunyai kepakaran serta mempunyai kecekapan dan berkemampuan membuat keputusan profesional.
           
   b. Muaddib merujuk kepada peranan guru di dalam bilik darjah untuk mengasuh, mendidik, membentuk, membimbing, menanam, menyuci, menitis dan menyuburkan akhlak mulia, disiplin, tingkahlaku, sahsiah dan seluruh adab sopan dalam pembinaan dan pembangunan diri murid (modal insan).

      c. Murabbi iaitu peranan guru di dlam bilik darjah untuk menjaga, membesarkan, mencurahkan kasih sayang, mendidik, mengajar, menyubur dan memelihara fitrah murid serta membentuk bakat dan kebolehan yang wujud dalam diri mereka. Guru berperanan merealisasikan pembentukan dan pembangunan para murid dari aspek JERI agar dapat melahirkan insan soleh yang berakhlak mulia menurut kacamata Islam.
                   
    d. Mursyid iaitu merujuk kepada aspek kepimpinan guru dalam bilik darjah untuk menjaga, menasihati, mengarah, membimbing dan memberikan petunjuk kepada para murid ke arah pembentukan dan pembangunan diri JERIsebagai sebagai insan soleh.

  e. Mua’llim merujuk kepada peranan guru dalam bilik darjah untuk memberitahu, mengajar, memindah dan menyampaikan pelbagai maklumat disiplin dan ilmu pengetahuan kepada para murid melalui latihan, arahan atau sebarang bentuk pengajaran yang dirancang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...