Saturday 8 October 2011

Peranan Guru Berasaskan Konsep 5 mim (5m)


Tugas dan tanggungjawab guru telah lama dibincangkan oleh tokoh-tokoh pendidik. Mengikut perspektif Islam guru mempunyai tanggungjawab dalam pembangunan akhlak, iaitu sebagai murabbi dan bukan semata-mata mua’llim. Guru juga dilihat sebagai muaddib iaitu seorang yang bertanggungjawab dalam menerapkan adab (disiplin dalam pemikiran, fizikal dan rohani). Guru bukan sahaja berilmu semata-mata, tetapi juga mestilah mempunyai personaliti dan komitmen serta menunjukkan contoh yang yang baik kepada murid.
      Sebagai guru Pendidikan Islam, saya mengamalkan konsep ”5mim”(5m) di dalam bilik darjah untuk membina modal insan yang benar-benar berkualiti iaitu;

    a. Mudarris adalah konsep yang diasaskan kepada guru cemerlang yang berkesan yang dinilai daripada lima aspek yang utama iaitu ciri-ciri peribadi yang dimiliki, kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan, kejayaan mewujudkan iklim dan personaliti bilik darjah yang baik, mempunyai kepakaran serta mempunyai kecekapan dan berkemampuan membuat keputusan profesional.
           
   b. Muaddib merujuk kepada peranan guru di dalam bilik darjah untuk mengasuh, mendidik, membentuk, membimbing, menanam, menyuci, menitis dan menyuburkan akhlak mulia, disiplin, tingkahlaku, sahsiah dan seluruh adab sopan dalam pembinaan dan pembangunan diri murid (modal insan).

      c. Murabbi iaitu peranan guru di dlam bilik darjah untuk menjaga, membesarkan, mencurahkan kasih sayang, mendidik, mengajar, menyubur dan memelihara fitrah murid serta membentuk bakat dan kebolehan yang wujud dalam diri mereka. Guru berperanan merealisasikan pembentukan dan pembangunan para murid dari aspek JERI agar dapat melahirkan insan soleh yang berakhlak mulia menurut kacamata Islam.
                   
    d. Mursyid iaitu merujuk kepada aspek kepimpinan guru dalam bilik darjah untuk menjaga, menasihati, mengarah, membimbing dan memberikan petunjuk kepada para murid ke arah pembentukan dan pembangunan diri JERIsebagai sebagai insan soleh.

  e. Mua’llim merujuk kepada peranan guru dalam bilik darjah untuk memberitahu, mengajar, memindah dan menyampaikan pelbagai maklumat disiplin dan ilmu pengetahuan kepada para murid melalui latihan, arahan atau sebarang bentuk pengajaran yang dirancang.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...